Monday 17 February 2014

PENGENALAN

 
Unit Penyelidikan & Inovasi, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) ditubuhkan untuk melaksanakan polisi dan membangunkan penyelidikan dan inovasi. Aktiviti-aktiviti untuk membudayakan inovasi di kalangan pelajar dan staf, menjalankan kajian, membudayakan penyelidikan dan menerbitkan penulisan ilmiah merupakan antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh unit ini.

MATLAMAT
Matlamat Unit ini adalah untuk merencana, merancang aktiviti dan menggalakkan inovasi dikalangan pelajar dan staf, kajian, penyelidikan serta penerbitan penulisan di peringkat POLIMAS khususnya. Proses pemantauan dan penetapan hala tuju proses penyelidikan serta penerbitan penulisan ilmiahnya boleh menjadi agenda utama Unit ini.

OBJEKTIF
Antara objektif Unit ini adalah:
Memastikan hala tuju proses penyelidikan di Institusi
Memastikan penerbitan penulisan ilmiah dijalankan
Mejalankan kursus-kursus berkaitan penyelidikan
Menggalakkan pembangunan dan perkembangan diri di kalangan staf dan juga pelajar
Menerapkan budaya inovasi dikalangan pelajar
Melahirkan pensyarah/pelajar yang berinovasi
Menggalakkan pelajar menyertai pertandingan robot, perisian kejuruteraan dan juga animasi.
Menjalankan penyelidikan bagi keadah P&P yang lebih berinovasi
Menggalakkan pelajar-pelajar memiliki ciri-ciri keushawanan dan kemahiran mencipta
Menerapkan dan membudayakan ciri-ciri penyelidikan serta inovasi dan menanamkan nilai-nilai positif dalam diri pensyarah serta pelajar secara berterusan.