INOVASI

Inovasi POLIMAS


 LATAR BELAKANG
Menurut The New Oxford Dictionary of English (1998), innovation bermaksud membuat perubahan untuk menjadikan sesuatu lebih teguh dengan memperkenalkan satu pembaharuan kepada sesuatu. Ini telah dijelaskan lagi oleh David O’Sullivan dan Lawrence Dooley (2009) yang menjelaskan bahawa innovationadalah proses melaksanakan perubahan untuk menjadikan sesuatu lebih baik dari sebelumnya dengan menambah satu atau beberapa elemen baru yang bertujuan untuk memberi nilai tambah kepada pelanggan.Invention pula satu perkataan yang selalu digunakan bersama dengan innovation, sudah tentu wujud perbezaan di antaranya. Menurut The New Oxford Dictionary of English (1998) lagi, invention adalah penghasilan sesuatu yang baharu, yang tidak pernah ada lagi sebelum ini. Namun tidak bermakna hasil dariinvention itu telah dapat memuaskan hati pelanggan, misalnya dalam bentuk produk. Tetapi alangkah baiknya kalau hasil invention itu boleh menyelesaikan sesuatu. Namun tanpa innovation ke atas produk baharu, sudah pasti produk baharu itu tidak akan dapat pergi jauh, apatah lagi untuk menyelesaikan masalah sejagat yang sentiasa mempunyai masalah yang lebih kompleks dari masa ke semasa.

Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang pesat sejak kemerdekaan dengan purata pertumbuhan KDNK sebanyak 6% setahun. Pertumbuhan ini adalah berasaskan sumber-sumber negara seperti petroleum, komoditi seperti getah, kelapa sawit dan pembuatan. Kejayaan ini sebenarnya telah didorong oleh faktor pendorong tradisional yang melibatkan pembangunan tanah pertanian, sumber bahan mentah, kos buruh yang kompetetif dan modal yang mencukupi. Tetapi dunia sentiasa berubah, begitu juga dengan ekonomi yang menjadi penentu kepada kejayaan dan kekayaan negara. Oleh itu asas kepada pemacuan ekonomi juga perlu berubah. Ekoran keadaan dunia yang memerlukan perubahan ini, Majlis Inovasi Negara melalui rangka Model Inovasi Negara telah memberi fokus kepada dua komponen utama iaitu TEKNOLOGI YANG DIPACU OLEH INOVASI dan PASARAN YANG DIPACU INOVASI.

Justru Bahagian Inovasi (BI) di bawah Unit Penyelidikan dan Inovasi (UPI) POLIMAS tidak akan melepaskan peluang untuk bersama-sama Majlis Inovasi Negara dan pihak berwajib untuk memperkukuh asas melalui dua komponen dalam Model Inovasi Negara tersebut. Maka BI UPI akan sentiasa mengembleng tenaga mencungkil potensi yang ada di kalangan pelajar malahan pensyarah untuk menghasilkan pelbagai produk inovasi dan bersedia menyertai pelbagai pertandingan inovasi untuk memperkukuh produk sedia ada melalui perancangan yang strategik dan menyeluruh.

 PERANCANGAN STRATEGIK
Bahagian Inovasi, UPI telah menyediakan perancangan strategik inovasi bertujuan mencapai KPI yang ditetapkan oleh Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik (PPPP), Jabatan Pengajian Politeknik. Antara strateginya adalah memperkukuh sistem pengajian politeknik melalui pelan tindakan pelaksanaan penyelidikan untuk menambahbaik sistem di kalangan pensyarah POLIMAS. Antara aktiviti atau program yang dirancang dan akan sentiasa dilaksanakan adalah :
  • Mengenalpasti projek pensyarah dan pelajar yang berpotensi untuk dilindungi hak ciptanya dan yang mempunyai nilai komersil melalui penganjuran pertandingan inovasi iaitu iCompEx iaitu singkatan kepadaInvention, Innovation and Competition Through Exhibition.
  • Bengkel khas untuk meningkatkan kesedaran pentingnya harta intelek dan pengkomersilan sebagai impak berkesan kepada masyarakat melalui sistem politeknik.
  • Memohon geran khas penyelidikan inovasi berasaskan projek inovasi yang mempunyai potensi di kalangan warga POLIMAS.
Strategi yang kedua adalah sentiasa memperbanyak penyelidikan gunaan berorientasi kajian tindakan. Strategi ini akan dapat dicapai melalui pelan tindakan mewujudkan tenaga akademik yang lebih berkualiti melalui :
  • Pelaksanaan penyelidikan inovasi yang berteraskan teknologi pelbagai.
  • Penganjuran iCompEx peringkat kebangsaan.
  • Penerbitan diges khas penyelidikan inovasi.
Strategi seterusnya adalah sentiasa memantap penyelidikan hasil inovasi ke arah aplikasi dan pengkomersilan melalui pelan tindakan berikut :
  • Menggalakkan cetusan idea di kalangan warga POLIMAS.
  • Mengenalpasti produk inovasi yang diaplikasi di pelbagai peringkat.
  • Mengenalpasti aktiviti atau projek yang boleh mendapat perlindungan harta intelek (IPP).
  • Mempertingkat kolaborasi penyelidikan ke arah pengkomersilan dan manfaat komuniti hasil inovasi.

PENYERTAAN
Sepanjang separuh pertama tahun 2013 iaitu dari Januari 2013 hingga Jun 2013, POLIMAS telah menganjur dan menyertai beberapa pertandingan iaitu :
  • Menganjur dan menyertai iCompEx POLIMAS Sesi Disember 2012 yang diadakan pada 10 April 2013 di Student Mall, Sri Mas 1 dan Bilik Seminar CISEC, POLIMAS. Sebanyak 32 penyertaan dalam kategori pelajar dan tujuh daripadanya telah mendapat Gold Award Certificate, empat belas mendapat Silver Award Certificate dan enam mendapat Bronze Award Certificate. Projek yang bertajuk Portable PIC Trainer telah mendapat Johan Kategori Reka Bentuk, projek yang bertajuk K.H.S. Gas Mask telah mendapat Johan Kategori Produk dan projek yang bertajuk Inspection Robot telah mendapat Johan Kategori Perkhidmatan.
  • Menyertai International Engineering Invention & Innovation Exhibition (i-ENVEX) dan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MYIYO) 2013 pada 16 hingga 18 April 2013 di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Daripada sepuluh penyertaan, POLIMAS telah mendapat tiga Gold Medal, tiga Silver Medaldan empat Bronze Medal. Projek yang bertajuk Prototype of Corn Crusher Machine telah mendapat anugerah i-ENVEX Best Award Classed F dan projek Mechanical Can Compactor telah mendapatSpecial Prize Romanian Inventors Forum.
  • Menyertai Sesi Penilaian Akhir untuk Anugerah Harta Intelek Negara 2013 (AHIN 2013) pada 17 April 2013 di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kuala Lumpur dalam kategori Reka Bentuk Perindustrian. Projek yang terlibat adalah Solar Grass Cutter yang dicipta oleh Pn Norshila Abu Bakar dan pasukannya.
  • Menyertai 24th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX’13) pada 9 hingga 11 Mei 2013 di Kuala Lumpur Convention Centre. Daripada empat penyertaan, POLIMAS telah mendapat satuGold Medal dan tiga Silver Medal.

No comments:

Post a Comment