PANDUAN & SYARAT

Kaedah Penyelidikan

Antara kaedah-kaedah penyelidikan yang boleh dilaksanakan ialah kajian tindakan, kajian tinjauan, kajian kolerasi dan kajian eksperimen.
KAEDAH-KAEDAH PENYELIDIKAN
Penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara , menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam.

Ulasan lanjut tentang kaedah-kaedah penyelidikan di atas boleh dirujuk pada laman web http://www.slideshare.net/mdazree/konsep-kaedah-penyelidikan


Format Penulisan

Garis panduan dan format penulisan abstrak dan kertas kajian penuh adalah seperti berikut:
GARIS PANDUAN DAN FORMAT PENULISAN ABSTRAK DAN KERTAS KAJIAN PENUH
 Penyediaan Cover Page
 1.   Penulis diminta mencatatkan bidang yang bersesuaian dengan kertas kerja tersebut dan tajuk kertas kajian mesti tidak melebihi dari 150 karakter dan mesti dalam format title case.
2.  Tajuk kertas kerja
3.  Nama-nama pengarang
4.  Alamat majikan
5. Nombor telefon dan faks
6. Alamat emel

Penyediaan Abstrak
 1.    Abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan .
2.    Format Microsoft Word sahaja, saiz A4
3.   Tulisan Times New Roman, saiz 12
4.   Menurut format APA. (Lampiran 1)
5.   Abstrak mesti mengandungi
     a.   Kata kunci (keyword) (tidak lebih dari 5 kata kunci)
    b.    Latar belakang, objektif, rumusan metodologi, hasil dan perbincangan
   c.    Ulasan abstrak akan dilaksanakan oleh jawatankuasa teknikal
   d.   Sekurang-kurangnya seorang pengarang dari setiap satu kertas kerja perlu mendaftar sebagai
         pembentang kertas kajian dan menyertai persidangan.  
  e.    Kertas kajian perlu dihantar secara terus (online) kepada secretariat seminar.

Pengesahan Penerimaan Abstrak
 Notis pemberitahuan penerimaan abstrak akan dihantar kepada pengarang melalui emel. Pengarang boleh menghubungi sekretariat persidangan sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas 7 hari bekerja daripada tarikh penghantaran abstrak.
p/s : Bahasa untuk pembentangan adalah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

 Garis Panduan Kertas Kajian Penuh

1.    Kertas kajian tidak boleh melebihi 10 muka surat termasuk rujukan
2.   Kertas kajian perlu dituliskan nama, institusi serta alamat email penulis
3.    Kertas kajian perlu ditulis menggunakan Times New Roman, font 12.
4.    Kertas kajian perlu ditulis dengan langkau satu setengah.
5.    Kertas kajian perlu disertakan dengan nama dan biodata pembentang di bahagian akhir.
6.    Kertas kajian bercorak penyelidikan - perlu mengandungi beberapa bahagian iaitu pengenalan, metodologi, dapatan kajian, perbincangan, rumusan dan penutup,
7.    Kertas kajian bercorak Kertas Konsep - perlu mengandungi beberapa bahagian iaitu pengenalan, perbincangan rumusan dan penutup.
8.    Semua kajian kerja perlu ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
9.    Gambar rajah dan ilustrasi dalam kertas kajian perlu menggunakan format penulisan seperti contoh di lampiran 1.
10.  Penulisan rajah dan jadual adalah seragam iaitu Jadual 1, Jadual 2 tanpa menggunakan Jadual 3.1 atau 3.2.
11.  Setiap rajah/ jadual perlu berada di atas dan diikuti dengan penerangan tentang rajah/jadual.
12. Semua penulisan rujukan adalah menurut kaedah penulisan APA.

No comments:

Post a Comment